Penarikan balik Toyota

Pada akhir 2009 – awal 2010, 8.5 juta kereta Toyota di seluruh dunia termasuk 1.3 juta di Amerika Utara ditarik balik terutama jenama Toyota Prius. Puncanya ialah pecutan tidak disengajakan akibat pedal minyak melekat pada alas lantai,[6] pepijat perisian ABS[7] dan kebocoran dari hos minyak VVT-i,[6] yang mana ia akan menyebabkan bunyi bising tidak normal pada enjin dan lampu penunjuk tekanan minyak akan menyala. Toyota Motor Corp secara sukarela akan membaiki kebocoran minyak enjin itu, pedal minyak dan brek.

Presiden Toyota Motor Corp, Akio Toyoda akan memberi keterangan kepada Kongres Amerika Syarikat pada Mac 2010.[6]

Setakat 28 Januari 2010, 37 kematian dilaporkan dikatakan akibat masalah pedal memecut ini.[8]

Rujukan

WikiPedia: Toyota http://www.4-traders.com/TOYOTA-MOTOR-CORP-6492484... http://www.bloomberg.com/apps/quote?ticker=7203:JP http://www.londonstockexchange.com/en-gb/pricesnew... http://www.nyse.com/about/listed/lcddata.html?tick... http://toyota-global.com http://www.toyota-global.com/pages/contents/invest... http://www.toyota-global.com/pages/contents/invest... http://www.usatoday.com/money/autos/2010-02-17-toy... http://online.wsj.com/article/BT-CO-20100209-70275... http://www.toyota.co.jp/en/index.html